
Penyerang Kuala Lumpur (KL) City FC, Safee Sali membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 selepas melakukan pukulan selubang atau ‘hole-in-one’ di Kejohanan Golf Mazda Trophy 2022 di Glenmarie Kelab Golf & Desa (GGCC) pada Ahad.
Beliau melakukan pukulan selubang pada lubang ke-15 daripada jarak 155 meter menggunakan klub Miura 6-iron serta bola golf TaylorMade TP5x.
Bekas penyerang Harimau Malaysia ini turut mengungguli kategori Medal B kejohanan tersebut dengan membawa pulang set iron Mizuno JPX921 dan kredit makan dan minum bernilai RM2,000 daripada GGCC.
Pemain bolasepak berusia 38 tahun itu dalam reaksi di Istagramnya menyifatkan rezeki yang diperolehinya adalah anugerah daripada ALLAH SWT.
“Apabila anda percaya bahawa ALLAH SWT bersama anda, maka tidak kira siapa yang menentang anda, percayalah kepada kekuasaan ALLAH SWT,” tulisnya.
Add Comment