Bola Sepak Komentar Rencana

BOLASEPAK BAGAI ‘KEPALA AIR’.


Foto: FAM

Bicara Otai Sukan oleh: Dr Pekan Ramli

Ibarat ‘kepala air’ yang datang menerjah dari hulu sungai. Habis disapunya segala yang ada. Tiada siapapun mampu menahan. Semuanya hanyut ke hilir mengikut arus haluan.  Saat ini tiada siapa yang berani menongkah atau melawan arus itu.

Ganasnya ‘kepala air’ hingga tiada siapa pun yang mampu bersuara apatah lagi untuk ‘mengecam’. Semua akur dengan menghamburkan pujian. Semua keburukan seakan tertebus sudah. Bagai sehelai kain kotor yang kini telah menjadi putih bersih dibilas dek ‘kepala air’ walaupun sebelum ini diibaratkan seperti dipenuhi lumpur, noda dan dosa.

Ia juga bagai tragedi ‘tsunami’ dari lautan yang datang membawa ‘air bersih’ lagi menyucikan dan bukannya limpahan air laut yang gelap pekat, panas dan ganas lagi menakutkan.

Siapa berani mengecam sekarang???. Jika berani………. Silakan!!!  Siapa pula yang berani mengutuk???. Jika sudah cukup handal……..Silakan!!!……..Siapa pula yang dulunya ‘membaling batu, sembunyi tangan’???…….Jika masih tidak berpuashati……Cuba lagi sekarang!!!!…..

Siapa pula yang dulunya menjadi ‘gunting dalam lipatan’???….. atau telunjuk lurus kelingking berkait???…..atau siapa yang dulu sebenarnya adalah ‘api dalam sekam’???….dan siapa pula yang dulu ‘lidahnya selalu bercabang’???.

Kalau ada yang berani buat perkara seperti yang saya sebutkan di atas…..mereka ini ibarat sengaja mencari nahas. Orang kata…… sengaja menempah maut. Mati kena kecam nanti…….

Semuanya gara-gara Harimau Malaya yang mengaum garang di Bukit Jalil selepas membenam Bangladesh 4-1. Selepas 42 tahun, akhirnya kita layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit.

Satu tempoh yang sangat lama diperlukan oleh bolasepak kita. Walhal di era 60an dan 70an dulu, kita antara negara hebat yang digeruni di Asia dan bahkan juga oleh negara-negara padang pasir.

Tak putus-putus ucapan tahniah dan kata-kata pujian melangit yang masih diterima

hingga hari ini. Itulah istimewanya sukan bolasepak ini. Hingga segala-galanya dicemburui……

Layak ke Final Piala Asia 2023 ini seperti ‘pulang paku buah keras’. Apakah ia bagai balasan atau ‘hukum karma’ yang datang untuk membalas segala caci maki yang terkumpul selama ini. Ya mungkin juga, ianya ibarat ‘sekali air bah, sekali pantai berubah’.

Apa pun, ini hanya satu permulaan. Perjalanan masih jauh untuk memertabatkan kembali maruah bolasepak negara di persada benua yang terbesar di dunia ini.

Kejayaan Harimau Malaya turut menelanjangkan pelbagai cerita-cerita pelik yang berlaku yang sedikit

mencacatkan kegembiraan ini. Kenapa ianya boleh berlaku???? Atau adakah ianya sepatutnya berlaku???. Hingga kita juga tidak faham mengapa ianya boleh berlaku??? Apa pun kita ambil positif sahaja tentang perkara ini. Semuanya kerana Harimau Malaya sudah berjaya dengan misinya. Berilah ‘kredit’ pada semua orang, semoga mereka akan terus mendoakan kejayaan yang berterusan.

Yang faham, fahamlah…..yang tak faham….tak fahamlah…..’yang capik  datang bertongkat, yang buta teraba-raba, yang tuli leka bertanya’.

Kadang-kadang ada perkara-perkara yang kita tidak perlu kongsikan dengan semua orang. Kadang-kadang juga adalah lebih baik ‘tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan’. Ibarat lagu

Dato’ Seri Siti Nurhaliza ‘Biarlah Rahsia’……malah bagi saya, ianya bukan sekadar rahsia tetapi yang paling penting adalah ‘trust’ atau kepercayaan supaya kita akan terus saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Terus Maju Harimau Malaya. Jangan terlena dengan pujian.

Tamat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: