Bola Sepak

Aksi bertemu Bali United penentu hala tuju KDA


Syazwan Zainon. FOTO KDA FC

Sang Kenari akan berusaha meraih keputusan positif pada aksi pertama Kumpulan G Piala AFC 2022 bertemu Bali United FC di Denpasar, Bali pada Jumaat.

Menurut Ketua pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Syazwan Zainon, persiapan rapi telah dilakukan pada setiap hari sepanjang tempoh Liga Malaysia berehat sebelum berangkat ke Indonesia 

“Perlawanan pertama menentang Bali United FC pada 24 Jun akan menentukan hala tuju pasukan dan saya yakin dengan barisan pemain senior, muda, lama bersama yang baharu.

“Kami akan beraksi dengan baik walaupun kuota pemain import masih belum lengkap,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada petang Ahad.

KDA FC diundi dalam Kumpulan G bersama tiga pasukan iaitu, Kaya FC (Filipina), Bali United FC (Indonesia) dan Visakha FC (Kemboja).

Mengulas lanjut, Syazwan berkata, semua pemain Sang Kenari perlu menggunakan kesempatan beraksi di pentas Piala AFC sebaik mungkin kerana turut mengalas dan membawa nama negara.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: