Olahraga Terkini

SUKAN TERBESAR IPT BUKA TIRAI OGOS NANTI


TANJUNG MALIM – Setelah tertangguh selama dua tahun, Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) edisi ke-5 akan berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 12 hingga 21 Ogos 2022.

 

Ini penjadualan semula buat kali ke-tiga temasya sukan terbesar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akibat pandemic Covid-19 yang melanda negara dan dunia pada Mac 2020.

 

Lebih 6,000 atlet daripada 70 kontinjen IPT telah mengesahkan penyertaan membabitkan IPT Awam, Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti untuk merebut 210 pingat emas daripada 21 acara yang dipertandingkan.

 

SUKIPT 2022 juga akan menjadi salah satu medan untuk atlet IPT mengembalikan prestasi terbaik mereka setelah 2 tahun tidak terlibat dengan kejohanan kompetetif bertaraf kebangsaan. Ia juga seterusnya akan menjadi persediaan awal untuk menghadapi kejohanan-kejohanan besar di peringkat antarabangsa pada tahun 2023 nanti”. YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, KPT.

Penganjuran kali ini turut mensasarkan untuk memecahkan rekod kebangsaan yang pertama daripada temasya kali ini. Pemecah rekod kebangsaan di SUKIPT akan menerima insentif sebanyak RM20,000.00. atau berkongsi hadiah jika terdapat lebih daripada seorang Berjaya melakukannya.

Penganjuran SUKIPT dilihat mempunyai peranan tersendiri untuk menggerakkan usaha-usaha kementerian dalam melahirkan modal insan yang holistik di IPT seluruh negara.

Majlis perasmian SUKIPT serta sumbangan tajaan disempurnakan Yang Berhormat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi di UPSI semalam.

 

Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar.

 

Majlis perasmian pembukaan dan penutup SUKIPT bakal berlangsung di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris pada Ogos 2022 nanti.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading