Bola Sepak Terkini

Daniel Ting kembali, sertai pasukan selatan?


Foto: KL City

Bekas pertahanan Kuala Lumpur City FC, Daniel Ting dilaporkan bakal kembali mewarnai kancah Liga Malaysia musim 2022 dengan menyertai pasukan di selatan tanah air.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang wartawan sukan melalui laman twitternya.

Walaubagaimanapun beliau tidak mendedahkan pasukan mana akan disertai pemain berdarah kacukan Malaysia-England itu.

Pemain berusia 29 tahun itu ditamatkan kontrak oleh KL City selepas tidak

melapor diri pada awal musim sehingga terlepas aksi Piala Sumbangsih menentang JDT.

Penamatan kontrak tersebut disebabkan pemain tersebut tidak mahu mengambil suntikan vaksin susulan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Pemain tersebut muncul antara pemain utama yang membantu skuad warga kota muncul juara Piala Malaysia 2021.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: