Bola Sepak Terkini

Sultan Johor perkenan Tunku Mahkota Ismail terus terajui JDT


FOTO FB SULTAN IBRAHIM SULTAN SULTAN ISKANDAR

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Baginda berkenan Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim terus menerajui dan mengendalikan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Usaha tersebut bertujuan untuk terus memartabatkan sukan itu di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Baginda bertitah demikian selepas berangkat pada majlis Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada Khamis

Pada majlis tersebut, Sultan Ibrahim berkenan melantik Tunku Ismail sebagai Pemangku Raja mulai 16 Jun dengan  gelaran kehormatan Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

“Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini. Saya mahu berehat sekejap,” titah Sultan Ibarhim.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: