Bola Sepak Komentar Rencana

SIAPA PEROSAK PRODUK AMD???


Foto: Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari

Bicara Otai Sukan oleh: Dr Pekan Ramli

 

Bagi saya, tiada salahnya kewujudan Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Ia membawa sejuta harapan warga bolasepak negara. Ia sebenarnya sesuatu yang nyata dan tidak menjanjikan harapan palsu. Namun realitinya perjalanan untuk menuju kejayaan pasti sukar dan berliku.

 

Pelbagai tempias pasti terasa, suka duka perkara biasa. Namun yang penting jangan putus asa. Walau berkali-kali gagal, kita bangkit lagi, jangan mudah menyerah tetapi jangan pula mudah mengalah walaupun sentiasa sahaja diintai ‘serangga perosak’.

 

Akademi Mokhtar Dahari (AMD) tiba-tiba

 

menjadi mangsa belasahan dek kerana pencapaian buruk ‘Harimau Muda-h’ kecundang pada 3 misi yang diamanahkan pada 2022. Malangnya semua misi itu ke laut. Bermula dari Kemboja, Hanoi dan Uzbekistan.

 

Skuad masa depan yang kecundang, ‘mengaum tidak, mengembek pun tidak’. Di belasah dek Korea Selatan, diganyang dek Thailand dan dihenyak lagi oleh Vietnam di Uzbekistan. Semua tergamam…….begitu mudah sekali penamatnya….

 

Pasti ramai yang sedih???, Pasti ramai yang kecewa??? Pasti ramai yang terkilan  dan pasti ramai yang MARAHHHH???.

 

Nasib baik kegagalan skuad ‘Berat Malu-ni’ itu dibayangi seketika ‘si abang’ dengan ngauman yang mengerun’kan dari

 

‘Harimau Malaya’ di Bukit Jalil saat menerkam dan mematahkan tengkuk Turkmenistan 3-1 di aksi pembukaan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023.

 

Jika tidak, tumpuan seluruh peminat bolasepak tanahair berpusat kepada isu gagalnya misi di Piala AFF bawah 23 di Uzbekistan. Cerita kegagalan ini pastinya akan datang dengan ‘magnitud’ bagai gempa bumi yang lebih kuat serta boleh membawa ‘damage’ yang lebih teruk.

 

Cuma agak menghairankan saya tiba-tiba kesan dari ‘jajaran gempa” itu hanya berpusat ke Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang sahaja. Walhal ‘jaluran gempa’ itu sepatut ‘membias’ lebih melata.

 

Kecundang sahaja misi di Uzbekistan, tiba-

 

tiba timbul isu Akademi Bolasepak Kebangsaan yang dibangga-banggakan penubuhannya suatu ketika dulu, usia yang baru lepas ‘tadika’, tetapi dikatakan hanya ‘syok sendiri’…….biar betul!!!

Sukar  dibayangkan kalau sebuah Akademi yang ditubuhkan dengan perancangan dan hala tuju yang jelas, keputusan pula dibuat bukan oleh individu tetapi secara ‘kolektif’ serta bukan sedikit duit yang dilaburkan dan diluluskan pula oleh kabinet.

 

Adakah ini boleh dikatakan satu program ‘syok sendiri’????. Samakah ia dengan situasi simamat sambil berbaring di bawah pohon rendang, dengan tangan di atas dahi sambil mengelamun dan terbayangkan sang puteri pujaan datang berlenggang lenggok ke arahnya sedangkan sang puteri hanya kenal si

 

putera raja sahaja. Ini barulah dinamakan ‘syok sendiri’…..

Benarkah, Akademi yang menempatkan pemain-pemain bolasepak elit seluruh negara ini dikatakan bermasalah besar dan banyak kepincangan berlaku????

 

Apakah tuduhan ini berasaskan kepada penilaian mata kasar, atau pemikiran yang dipengaruhi dengan pelbagai sentimen sama ada secara peribadi atau mungkin ujudnya pakatan-pakatan atau ‘perjanjian setan’ yang tersembunyi????.

 

Adakah mereka ini telah melihat setiap sudut kelemahan dan kekuatan AMD ini secara holistik sekalipun bukan melalui kajian secara ’empirikal’. Paling tidak ianya tidak ‘bias’ dan dapat menonjolkan apakah kelemahan dan apa pula kekuatan program ini. Andaian dan tuduhan secara

 

‘surface’ ini boleh diragui terkait dengan pelbagai persepsi dan perspektif yang negatif.

 

Saya tidak berpihak kepada sesiapa pun dalam isu ini baik pemegang taruhnya KBS, MSN, rakan kongsi yang lain iaitu FAM, KPM, ibu bapa dan lain-lain. Apa yang dilaksanakan adalah suatu yang positif, cuma pelaksanaannya masih perlu diperkemaskan dan dipermantapkan lagi.

AMD masih lagi dalam fasa pertama penubuhannya, malah belum lagi dimashyurkan. Justeru jangan letakkan ‘bom jangka’ kepada program ini, kelak nanti kita akan terus mundur atau berpatah balek ke belakang.

 

Saya cuma ingin berkongsi beberapa informasi untuk kita kongsikan bersama

 

dan berfikirlah sendiri, apakah kegagalan di Kemboja, Hanoi dan Uzbekistan itu adalah kerana AMD ‘syok sendiri’ atau sebab-sebab yang saling berkait. Pihak manakah yang perlu bertanggungjawap untuk memperbetulkan sistem peralihan atau ‘proses transisi’ graduan AMD yang longgar dan perlu diperkemaskan kembali. Atau siapakah sebenarnya yang menjadi

perosak kepada produk AMD ini????

 

Pertama, salah pemain AMDkah skuad ‘Harimau Muda’ kecundang di Uzbekistan??? Berapa ramaikah graduan AMD dalam skuad tersebut???? Saya juga telah membuat risikan, saya difahamkan (kalau maklumat ini sahih), hanya 6 orang sahaja produk AMD (Zikri Khalil, Harith Haikal, Umar Hakeem, Lukman Hakim, Hazrin Afeq dan Faiz Amer) daripada skuad 23 pemain kesemyanya.

 

 

Lain-lain pemain kabarnya dari produk Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN). Adakah kerana 6 pemain AMD ini ia menjadi penyebab kepada kegagalan misi tersebut. Lainlah kalau hampir kesemua pemain datang dari gudang yang sama.

 

Kedua, kemana perginya produk-produk lain AMD???. Ini satu lagi persoalan yang perlu dihuraikan. Sudah 3 ‘batch’ produk AMD dikeluarkan dan seramai 118 sudah bergraduan (34 ‘batch’ 1, 40 ‘batch’ 2 dan 44 ‘batch 3’). Kesemua mereka kini baru berusia dalam lingkungan 20 tahun…….

 

Kebanyakan mereka sewaktu belum bergraduan lagi telah diborong macam ‘ikan kembong’ di pasar. Ada pasukan yang tamak dan haloba, takut tak ambik nanti

 

orang lain ambik. Lagipun bukan mahal pun membeli dengan harga tak seberapa berbanding 5 tahun ditanggung AMD. Ikut jalan ‘short cut’ lagi manyak untung oiii.

 

Selangor dikabarkan memborong ‘sakan” dan kini memiliki lebihkurang 57 produk AMD, JDT 19, Sri Pahang 11,Terengganu 9 dan 5 pemain bersama skuad Projek FAM-MSN. Persoalannya, banyak-banyak angkut dan himpun produk AMD ni untuk apa??? Mereka main liga apa??? Atau ramai makan gaji buta atau untuk di simpan dalam peti sejuk ke??? Jahanam produk AMD ini…..

 

Apakah sikap tamak dan haloba pasukan yang dimaksudkan ini turut menjadi punca rosaknya produk AMD ini???

 

Ketiga, kenapa dan bagaimana ini boleh

 

berlaku???. Persoalannya, siapa yang ‘sign contract’ produk AMD ini dengan pasukan tersebut??? Jawapannya adalah ‘parents’ atau ibu bapa pelatih AMD. Senyum bangga ‘parents’ walaupun belum tamat di akademi anak telah ditawarkan kontrak  dengan pasukan ternama.

 

Kembang kempis hidung mak bapak bila mereka yang berkuasa dan berhak untuk ‘sign’ kontrak itu sebelum anak berusia 18 tahun. Mahu tak ‘syok sendiri’ sebab anak dah jadi rebutan pasukan Liga Super dan dah boleh rasa pegang duit anak.

 

Ini satu lagi proses dan punca kuasa yang perlu dikemaskinikan. Jika berterusan berlaku nanti banyak produk AMD jadi ‘kereta terpakai’ atau ‘dumping product’ dan tunggu masa untuk di ‘scrap’kan. Saya ingin bertanya, tidakkah praktis atas hak

oleh ‘parents’ ini juga perosak kepada produk AMD ini????.

Banyak lagi persoalan-persoalan yang perlu dirungkaikan sebagai punca kerosakan kepada produk AMD ini. Namun bagi saya semuanya persoalan tentang proses transisi sebelum dan selepas tamat 5 tahun di akademi ini.

 

Saya menyaksikan sendiri kehebatan produk ini di Gambang pada edisi sulung Pra U Cup tahun lalu. Ramai rakan-rakan dan juga otai-otai bola yang ditemu sangat bersetuju dan kagum, jelas mereka hebat dan memang ‘outstanding’, biarpun dibimbing oleh kebanyakan jurulatih tempatan.

 

Bagi pemain seusia mereka, jelas produk AMD ini dua atau tiga tahun terkehadapan. Namun sudah ada tanda-tanda kerosakan

 

kepada produk ini. Bila terlalu awal berpecah dan berterabur di melata pasukan. Sia-sia 5 tahun bersama di Gambang. Mengapa tidak ada kelangsungan dari program ini???

 

Apa salahnya tamat di AMD mereka masih lagi perlu dikekalkan bersama untuk beberapa tahun lagi agar skuad bawah 19, 21 dan 23 tahun kita tidak dipecahbelahkan. Kita tidak mahu ‘ayam terlepas, tangan bahu tahi’ atau ‘yang dikejar tak dapat yang dikendong pula berciciran’.

 

Perlu difikirkan bersama perkara ini. Bagi saya, skuad Projek FAM-MSN bukan jawapannya. Rugi besar kerana segala usaha akan terhakis. Segala keserasian mula terlerai, ada yang mungkin hilang arah tujuan, ada yang mungkin diperap dan

 

bakat hebat mereka makin lama makin kelam tidak digilap dan akhirnya tiada beza lagi antara ‘ayam hutan dan ayam serama yang sudah boleh hidup serasi dengan ‘ayam kampung’.

 

Fikir-fikirkanlah, jangan jadi perosak kepada produk kesayangan kita ini.

 

Tamat.


1 Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

  • Bebrapa pemain u23 korea main di liga euro. Pemain utama. Pemain kita dlm liga super pon tak lepas. Jd usah lah bimbang di sekolah sy bbdk akedamik jdt ada 5 bas. Ramai dr negeri lain. Tapi knp bising jer..buat lah akedamik yg sama. Ibu bpaa tentu suka anak dlm akadrmik jdt sbb nampak mcm ada sinar.

%d bloggers like this: