
Harimau Malaya menamatkan penantian selama 43 tahun untuk layak ke Piala Asia 2023 secara merit selepas menang besar ke atas Bangladesh 4- 1 pada aksi akhir kelayakan Kumpulan E pada Selasa.
Skuad Kim Pan Gon turun dengan misi wajib menang mengasak kubu lawan sebaik wisel perlawanan dibunyikan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Malaysia tidak menunggu lama apabila berada di hadapan 1-0 seawal minit ke-16 melalui sepakan penalti Safawi Rashid untuk melegakan penyokong Harimau Malaya.
Namun kegembiraan tersebut tidak lama apabila pemain lawan, Mohammad Ibrahim menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke- 31 untuk kembali menhangatkan perlawanan.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Harimau Malaya kembali mengatur serangan dan berjaya kembali di hadapan 2-1 menerusi Dion Cools pada minit ke- 38 dan keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, Malaysia terus melebarkan jurang jaringan kepada 3-1 menerusi Ketua Pasukannya, Syafiq Ahmad.
Harimau Malaya terus selesa di hadapan 4-1 apabila Darren Lok menjaringkan gol untuk terus mengembirakan penyokong negara pada minit ke-73.
Kemenangan dan kejayaan mara ke Piala Asia 2023 secara merit selepas kali terakhir melakukannya pada 1980 jelas mengembirakan dan serta penantia penyokong bolasepak tanah air.
Add Comment