Bola Sepak Komuniti Terkini

Penantian skuad Selangor, juara Piala Malaysia 1995 berakhir


 

Skuad Selangor 1995 memberikan penghargaan kepada Kerajaan Selangor yang diterajui Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang membantu mendapatkan sebuah rumah Selangorku Idaman/harapan kepada pemain yang terlibat membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia 1995.

Ketua pasukan Selangor pada waktu tersebut, ,Ismail Ibrahim berkata, walaupun anugerah tersebut bukanlah sepertimana dijanjikan 27 tahun lalu yang akan dihadiahkan sebidang tanah namun mereka tetap berpuas hati dan gembira untuk menerima gantian tersebut.

Menurutnya, penghargaan juga turut diberikan kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin selaku Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan bekas pemai-pemain Selangor, Datuk Abdul Rauf Ahmad dan kepimpinan FAS yang turut bersama mengesahkan segala butiran dan dokumentasi yang diperlukan.


“Kami seluruh pemain dan pegawai pasukan seramai 31 orang semuanya telah bersetuju dan sepakat untuk menerima cadangan Kerajaan negeri ini untuk mendapatkan kami kediaman rumah Selangorku idaman/harapan.

“Cuma lokasinya saya serahkan kepada kerajaan negeri untuk mengumumkannya gantian yang merupakan sebuah kediaman rumah selangorku Idaman/harapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Ismail, Amirudin telah banyak membantu dan memudahkan urusan pihaknya yang mana gagal diselesaikan oleh lima menteri besar  terdahulu.

“Diatas sikap keprihatinan itu, kami seluruh pemain dan pegawai Pasukan sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih buat Menteri Besar, Dato Seri Amirudin. Budi dan jasa  Dato Seri, tidak akan kami serta keluarga lupakan.

“Kami turut ingin sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih Kepada YB Rodziah Ismail, Exco Perumahan Kerajaan Negeri Yang sudi menjemput kami untuk berbincang mencari jalan Penyelesaian bagi menoktahkan tuntutan ini,” ujarnya yang turut memberikan penghargaan kepada Datuk Abdul Rauf.

Pada 11 November 2020, Astro Arena telah menyiarkan satu pendedahan eksklusif daripada pemain dan pegawai Skuad Selangor 1995 yang menuntut hak penganugerahan sebidang tanah oleh kerajaan negeri kepada seluruh pemain dan pegawai pasukan diatas kejayaan menjuarai Piala Malaysia tahun1995 yang masih belum diberikan.

Rentetan daripada pendedahan eksklusif tersebut, pihak-pihak yang terlibat telah tampil hingga membawa kepada titik penyelesaian dan skuad ini dijemput untuk hadir ke satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Negeri pada 30 Mei 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: