Bola Sepak Terkini

“Kita mampu layak Piala Asia jika konsisten” – Azam Azih


Harimau Malaya berpeluang mencipta sejarah layak ke Piala Asia 2023 jika memperaga aksi seperti yang dipamerkan semasa menang 4-0 ke atas Brunei dan 2-0 ke atas Hong Kong  pada aksi persahabatan antarabangsa.

Pemain tengah kebangsaan, Azam Azih berkata, dia yakin perkara itu mampu direalisasikan Harimau Malaya jika terus mempamerkan aksi konsisten pada kempen Kelayakan Piala Asia 2023

“Kalau kita main macam game hari ini dan lawan Brunei, kita akan ada peluang layak ke Piala Asia,” katanya.

Pemain Sri Pahang FC ini berkata lagi, corak latihan diterapkan ketua jurulatih, Kim Pan-gon yang berintensiti tinggi berjaya membantu meningkatkan lagi kemampuan pasukan negara.

Jelasnya, dia tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dan bertekad mahu terus konsisten dalam permainan supaya mendapat lebih banyak peluang lagi pada masa depan.

Pasukan negara akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2023 pada 8 Jun ini menentang Turkmenistan, diikuti Bahrain pada 11 Jun dan terakhir menentang Bangladesh pada 14 Jun.

Kesemua perlawanan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: