
Rata-rata penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC menyifatkan isu ‘tokong’ menjadi punca Syafiq Ahmad telah dipanggil semula JDT walaupun tempoh pinjamannya selama semusim pada tahun ini masih belum tamat.
Luahan tersebut dilontarkan di laman-laman facebook bolasepak termasuk di KDA FC dan Johor Southerns Tiger (JST).
Sebelum ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bola sepak adalah sukan untuk semua dan bukannya individu, sehingga menyebabkan ada yang perlu menyembah ‘tokong’.
Ketiadaan Syafiq pasti menganggu persiapan pengendali Sang Kenari, Aidil Sharin Sahak kerana pemain tersebut muncul antara tonggak utama pasukan pada musim ini.
KDA FC kini dalam persiapan mengukuhkan kembali pasukan tersebut untuk membawa masuk sehingga lima pemain baharu pada perpindahan kedua Liga Malaysia 2022 hujung Mei ini berikutan aksi tidak memberangsangkan pada beberapa aksi Liga Super.
Selepas sembilan aksi liga, pasukan ini berada di tangga keempat dengan 14 mata setelah empat menang, dua seri dan tiga tewas.
Add Comment