Bola Sepak Terkini

Sabah FC menang besar, rampas kedudukan kedua liga super


Sumber: Sabah FC

Kejayaaan Sabah FC menang besar ke atas Penang FC 4-2 pada aksi kesembilan Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya menyaksikan mereka kini naik ke tangga kedua liga pada Selasa.

Baddrol Bakhtiar muncul wira apabila menjaringkan gol melalui tandukan pada minit ke-23 dan satu lagi gol akrobatik pada minit ke- 60 yang menarik perhatian penyokong bolasepak negara.

Dua gol lagi milik Sabah FC muncul pada minit ke-58 oleh Jackson de Souza dan minit ke-68 menerusi Stuart Wilkin.

Manakala T Saravanan menghadiah gol pada minit ke-52 buat tuan rumah diikuti gol Hilal El Helwe pada minit ke-76.

Kejayaan itu menyaksikan Sabah FC mengumpul 15 mata selepas tujuh perlawanan setakat ini dan Penang FC terus kekal di tangga tercorot tanpa sebarang kemenangan lagi.

Sumber: Sarawak United FC

Di Kuching, Ledakan jaringan S Chanturu meletakkan Sarawak United terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-14 namun disamakan 1-1 oleh Paulo Josue pada minit ke-36.

J Partiban kemudian mengesahkan kemenangan KlL City apabila meledakkan gol pada minit ke-89 untuk keputusan penuh 2-1.

Keputusan itu menyaksikan skuad warga kota kini berada di tangga kelima dengan 13 mata selepas sembilan perlawanan manakala Sarawak United berada di tangga ke-10 dengan tujuh mata juga selepas sembilan perlawanan.

Sumber: KDA FC

Sementara itu, pertemuan kelompok atasan membabitkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Negeri Sembilan (NS) FC berkesudahan tanpa jaringan biarpun kedua-dua pasukan berbalas serangan terutamanya pada penghujung perlawanan.

NS FC kini jatuh ke tangga ketiga dengan 15 mata selepas lapan perlawanan manakala KDA FC berada di tangga keempat dengan 14 mata selepas sembilan perlawanan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: