Bola Sepak Terkini

Penang FC pandang serius tuduhan rasuah


Penang FC memandang serius tuduhan rasuah yang dinyatakan oleh seorang pelayar media rasmi Instagram milik Penang FC bernama AirielShahezrie.

Menurut laman Facebook rasminya, disebabkan tuduhan ini adalah amat berat, sebagai individu yang bertanggungjawab dan bertanggungan atas setiap dakwaan, AirielShahezrie diminta untuk hadir ke pejabat Penang FC.

“Beliau perlu bersama-sama wakil Pengurusan ke Ibu Pejabat SPRM Negeri Pulau Pinang untuk merakamkan aduan beliau bagi membolehkan tampil menjadi saksi di Mahkamah bagi mengukuhkan tuduhan beliau.

Kita sentiasa mengalu-alukan apa-apa kenyataan dakwaan yang berani di kalangan orang ramai untuk membenteras sebarang bentuk salahlaku rasuah dalam Kelab,” katannya.

Jelasnya, jika individu ini enggan bertanggungjawab atas kenyataan beliau, tindakan saman fitnah akan dimulakan ke atas individu berkenaan, di samping satu laporan polis akan dibuat bagi membolehkan penyiasatan fitnah jenayah dimulakan ke atas individu berkenaan.

“Dalam apa jua keadaan, orang ramai dinasihatkan tidak mudah membuat apa-apa tuduhan yang bersangkutan kes jenayah yang dilihat berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi  Kelab, para pegawai dan pemain agar tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang yang boleh menimbulkan kesulitan yang  tidak perlu ke atas individu yang membuat tohmahan berkenaan,” ujarnya.

Gesanya, AirielShahezrie diminta tampil ke Pejabat Penang FC atau ke Pejabat SPRM bagi membolehkan penyiasatan dibuat berhubung dakwaan beliau.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d