Bola Sepak Semasa Terkini

Terengganu lawan Kedah pada pusingan kedua Piala FA


Foto : MFL

Terengganu FC (TFC) menepati ramalan mara ke pusingan kedua Piala FA 2022 untuk bertemu penyandang juara, Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas pasukan pantai timur tersebut menewaskan Negeri Sembilan FC 2-1 pada aksi tertunda pusingan pertama di Stadium Gong Badak, Terengganu pada malam Jumaat.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan 1-0 hasil jaringan sendiri kapten NSFC, Herold Goulon yang tertolak bola ke dalam gol selepas cuba mengeluarkan hantaran silang pemain TFC, Syafik Ismail dari sebelah kiri pintu gol pelawat.

Bagaimanapun, NSFC yang pada awal perlawanan yang lebih banyak bertahan berjaya menyamakan kedudukan 1-1- menerusi tandukan pemain import Asia Tenggaranya, Omid Nazari yang memanfaatkan sepakan percuma Annas Rahmat pada minit ke-35.

F
Bagaimanapun, selang tiga minit kemudian Faisal Halim kembali meletakkan Sang Penyu kembali di hadapan pada minit ke-38 dengan merembat masuk ke gawang lawan selepas menerima hantaran Shahrul Nizam.
Sang Penyu bakal menerima kunjungan Sang Kenari pada pertengahan Mei depan bagi aksi kedua Piala FA 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: