Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

JDT cipta kejutan tewaskan Ulsan Hyundai lagi,  juara Kumpulan I


Foto: JDT FC

Sikap tidak berputus JDt menyaksikan mereka sekali lagi berjaya menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 pada perlawanan akhir Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor sebentar tadi.

Harimau Selatan berada di hadapan 1-0 seawal minit ke-5 selepas Leandro Velazquez menyempurnakan sepakan percuma yang diperolehi di hadapan pintu gol pasukan dari Korea Selatan itu.

Bagaimanapun kegembiraan tersebut tidak berpanjangan apabila Ulsan Hyundai mengikat 1-1 seminit kemudian melalui  Jun Amano hasil serangan balas pasukan tersebut.

Aksi seimbang ditunjukkan oleh kedua-kedua pasukan menyaksikan keputusan tersebut kekal sehingga separuh masa pertama.

Ulsan Hyundai yang merupakan juara ACL 2022 berusaha menambah jaringan pada separuh masa kedua namun beberapa percubaan berbahaya dipatahkan pertahanan JDT dan juga penjaga golnya, Farizal Marlias.

Foto: JDT FC

Hasrat JDT yang mahu mencipta sejarah mara ke pusingan seterusnya menjadi realiti apabila pertahanan Ulsan Hyundai, Park Yeon Woo tertampan bola ke gawang sendiri selepas berusaha mengeluarkan hantaran Arif Aiman pada minit ke-93 perlawanan.

Sementara itu, bagi satu aksi lagi bagi kumpulan sama, juara Jepun, Kawasaki Frontale mengatasi Guangzhou FC 1-0 di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Larkin hasil jaringan K Chinen pada minit ke-14.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: