Bola Sepak Terkini

Red Giant kempunan di Paroi


 

AMMAR HAZIQ

Pendatang baharu Liga Super 2022, Negeri Sembilan FC menafikan hasrat Selangor FC untuk meraih tiga mata di Paroi apabila bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada aksi ketiga liga pada Selasa.

The Red Giant perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal mempertahankan kelebihan dimiliki apabila berada di hadapan dengan dua gol terlebih dahulu.

Pasukan pelawat selesa berada si hadapan menerusi jaringan gol sendiri pertahanan Negeri Sembilan, Nasrullah Haniff Johan pada minit ke-34 dan jaringan penalti Herlison Caion menyusul pada minit ke-48 berikutan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dikasari Herold Mark Goulon.


Namun kebangkitan luar biasa dipamerkan tuan rumah di laman sendiri Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi apabila Herold Goulon mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-57 merapatkan jurang 2-1 selepas penyerang gantian mereka, Evanonye Kossi Adetu dijatuhkan pemain pertahanan Selangor, Sharul Nazeem Zulpakar.

Gol penyamaan muncul pada minit ke-70 menerusi Evanonye Kossi Adetu hasil serangan bertali arus yang dilancarkan Skuad Rusa sekaligus menghampakan harapan pelawat untuk meraih tiga mata penuh.

Sementara itu di Kuching, Sarawak United FC terpaksa berpuashati dengan satu kata apabila sekadar mengikat pelawat Penang C 1-1 hasil jaringan Boris Kok pada minit ke-83 manakala pelawat menerusi Da Silva pada minit ke-73.

Pada satu lagi aksi, Sabah FC mengejutkan tuan rumah, Melaka United FC 1-0 di Stadium Hang Jebat menerusi jaringan Taesu Park pada minit ke-25.

TAMAT


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading