Bola Sepak Semasa Terkini

JDT, KDA catat kemenangan ketiga berturut-turut


AMMAR HAZIQ

Hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC sahaja yang masih mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam tiga aksi Liga Super 2022 setakat Rabu.

JDT kini berada di tangga pendahulu liga berkongsi sembilan mata sama dengan KDA FC dan hanya dibezakan dengan perbezaan gol sahaja.

Gambar oleh: JDT

Harimau Selatan yang merupakan juara Liga Super 2021 tidak mempunyai masalah untuk menjinakkan Kuala Lumpur City FC 3-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur hasil jaringan Fernando Forestieri (minit ke-18) dan dua gol oleh Bergson Da Silva (penalti minit ke-82 dan minit ke-95).

Di Alor Setar, Sang Kenari pula diberikan saingan sengit oleh Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman dan jaringan tunggal Rodney Celvin cukup buat tuan rumah keluar sebagai pemenang dengan keputusan 1-0.

Manakala satu lagi aksi liga super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyaksikan kejutan apabila gergasi pantai timur, Terengganu FC tewas kepada Petaling Jaya City FC 3-0 hasil jaringan hatrik Darren Lok pada minit ke-13, 32 dan 39.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: