Basikal

Malaysia tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia tahun depan


Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh

 

MALAYSIA akan menjadi tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia yang dijadual berlangsung di Velodrom Nasional Nilai, tahun depan selepas berjaya memenangi bidaan penganjuran.

Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh berkata,  Malaysia memenangi bidaan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) yang berlangsung di Dushanbe, Tajikistan.

“Kejohanan ini akan menawarkan mata penting untuk kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

“Ini adalah kali pertama kejohanan trek dianjurkan sejak COVID-19 bermula pada 2020.

“Ia juga satu berita baik apabila Malaysia memenangi bidaan berkenaan dan kami mahu memainkan peranan penting bagi membantu atlet kami pada setiap masa.

“Jadi ia adalah satu khabar yang baik sukan berbasikal Malaysia dan seluruh peminat yang mahu menyaksikan kejohanan bertaraf dunia di Malaysia pada 2023 di mana pelumba terbaik Asia bakal memberikan yang terbaik untuk memungut mata kelayakan ke Olimpik 2024.” katanya dalam satu kenyataan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: