
PASUKAN futsal wanita Melaka United mengesahkan trofi kejuaraan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) selepas menang 3-2 ke atas Selangor MBSJ pada Rabu.
Perlawanan kedua-dua pasukan ternyata sengit yang menyaksikan Selangor MBSJ membuka jaringan awal menerusi Farahiyah Muhamad Ridzuan minit kedua permainan, namun Siti Asnidah Zamri menyamakan kedudukan dua minit kemudian.
Kesilapan Norhawa Md Yassin menjaringkan gol sendiri minit ke-17 memberi kelebihan kepada Melaka United, namun Nur Shazreen Munazli (m-31) kembali meletakkan Selangor MBSJ dengan kedudukan seri.

Bagaimanapun jaringan Nur Syafiqah Zainal Abidin (m-39) mengesahkan trofi kejuaraan musim ini menjadi milik Melaka United.
Sementara itu pasukan Sabah pula menamatkan saingan di kedudukan ketiga selepas menewaskan PDRM FC dengan keputusan 3-1.

Pemain Melaka United, Intan Sarah Anisah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik MPFL Wanita 2022 manakala Fatin Shahida Azmi (Selangor MBSJ) merangkul gelaran Penjaring Terbanyak dengan 17 gol keseluruhan.
Add Comment