BEKAS Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Subahan Kamal menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke atas bantuan yang dihulurkan sebelum ini.
Subahan yang memimpin FAS pada tahun 2017-2018 meluahkan penghargaan tersebut susulan penjelasan yang dimuatnaik TMJ di laman Twitternya pada Isnin.
“Sebagai bekas Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dari 2017-2018, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada DYAM Tunku Ismail di atas bantuan yang diberikan kepada pasukan Selangor semasa saya menerajui FAS.
“Sebagai seorang yang mempunyai passion yang amat tinggi terhadap bola sepak Malaysia, DYAM Tunku Ismail sentiasa menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi dan proaktif, dan sentiasa mahu melihat kemajuan pasukan-pasukan bola sepak di negara ini.
“Selangor tidak terkecuali mendapat perhatian DYAM Tunku yang sudi memberikan bantuan kepada FAS ketika saya menjadi presiden,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.
Tambah Subahan yang kini merupakan Presiden Petaling Jaya City FC, memberitahu bahawa beliau secara peribadi, dan juga semua pemain Selangor ketika itu amat menghargai keprihatinan Tunku Ismail yang sentiasa mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan pemain dan pasukan bola sepak tempatan.
Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman2 Selangor masih hebat dan champion. Sekarang ni semenjak Raja Muda Selangor ambil alih dgn expert2 bola sepak tanah air, dan terima banyak bantuan duit daripada kerajaan maka mereka tak perlu bantuan. Syabas saya ucapkan. https://t.co/qmzUzMrbIo
ā HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 21, 2022
Sebelum ini, TMJ memberitahu beliau memberi bantuan kepada Selangor ketika pasukan itu di bawah pimpinan Subahan.
Selain Selangor, Tunku Ismail juga berkongsi bahawa beliau pernah membantu pasukan Penang, Kelantan, Melaka United dan terbaharu Perak FC.
Add Comment