
BEKAS pemain tengah Liga Malaysia (Liga-M) Mohd Azizan Baba meninggal dunia pada Selasa.
Azizan,41, sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat kanser pangkal paha yang dihadapinya sejak Ogos 2020.
Sebelum ini, Azizan pernah menjalani pembedahan membuang sebahagian saraf sehingga pahanya menjadi kecil dan kaki serta jari tidak berasa apa-apa ketika disentuh malah tidak boleh digerakkan.
Terkejut menerima berita pemergian bekas pemain bola sepak, Azizan Baba yang menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat kanser pangkal paha yang dihadapinya sejak Ogos 2020. pic.twitter.com/DXJguVkAwg
ā Christopher Raj š²š¾ (@chrisraj23) March 22, 2022
Sepanjang kariernya bergelar pemain, Azizan pernah beraksi dengan beberapa buah kelab Liga-M termasuk bersama Perak FA, Kuala Lumpur FA, Melaka FA, Johor FC, Sarawak, Penang FA, Melaka United dan kelab terakhir bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).
Selepas itu Azizan memulakan kerjaya jurulatih bersama SAMB sehingga Mac 2020.
Add Comment