Lain-Lain

Aaliyah tamatkan saingan di Moomba Masters penuh cemerlang


RATU ski air remaja negara, Aaliyah Yoong Hanifah menamatkan saingan Moomba Masters dengan pencapaian luar biasa apabila merangkul satu emas dan satu gangsa keseluruhan.

Sebelum ini atlet berusia 18 tahun itu turut meraih tiga emas dan keseluruhan bagi kategori Junior Moomba di Melbourne minggu lalu.

Bersaing di Moomba Masters buat kali ke-10, Aaliyah mempamerkan aksi memukau dan mencatat 7,050 mata pada aksi akhir acara ‘tricks’.

Itu sudah cukup untuk dia meraih gangsa, berada di belakang pemenang pingat emas Neilly Ross dari Kanada (10,390) dan Erika Lang dari Amerika Syarikat di tempat kedua.

Aaliyah memenangi wang hadiah pertama profesionalnya berjumlah AUD3,500.

Malah dia juga turut menerima hadiah AUD2,000 selepas berada di kedudukan keempat aksi akhir dalam acara lompatan terbuka.

Juara bertahan dan pemegang rekod dunia, Jacinta Carroll dari Australia merangkul emas dengan jarak 58.5 meter, diikuti oleh Valentina Gonzalez dari Chile (45.7m) manakala Casey Wooderson dari Australia menduduki tempat ketiga dengan jarak 43m.

Dalam pada itu, dengan menamatkan saingan di tempat kesembilan acara slalom, ia sudah cukup untuk membantu Aaliyah mengumpul mata keseluruhan sekaligus membawa pulang emas dalam kategori wanita terbuka.

Aaliyah mencatat jumlah 2,668.52 mata, di hadapan pemain Chile, Valentina Gonzalez (2,323.40) dan Courtney Williams dari New Zealand (2,082.85).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: