Bola Sepak

KPG minta masa dan ruang untuk tulis ‘chapter’ baharu Harimau Malaya


Kim Pan-gon pada sidang media pengumuman senarai pemain ke sesi latihan pusat skuad kebangsaan.

KETUA Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon meminta semua memberi masa dan ruang kepada barisan kejurulatihan untuk menulis chapter baharu pasukan bola sepak negara.

Pengendali kelahiran Korea Selatan berusia 53 tahun itu terus mengatur misinya yang lebih jelas sejak dilantik menguruskan skuad Harimau Malaya bulan lalu.

Menjelang pertemuan pertama bersama 30 pemain terpilih bagi menjalani latihan pusat bermula 14 Mac ini, Pan-gon juga turut menekankan visinya untuk tempoh jangka panjang.

Jelasnya, sudah tentu objektif utama pemain-pemain dikumpul adalah bagi persiapan Kelayakan Piala Asia 2023 Jun ini, namun ada tiga perkara yang ditekankan.

“Untuk membina model permainan (cara Malaysia bermain) pasukan kebangsaan.

“Untuk menemui semula keyakinan pasukan dalam dan mencipta semangat berpasukan yang kuat dan mentaliti kemenangan.

“Untuk membina prestasi tinggi yang menumpukan budaya pemain yang sihat, di mana kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik supaya pemain berasa bangga menjadi sebahagian daripada kumpulan ini.

“Ia akan dilakukan melalui penyediaan taktikal dan sesi latihan berasaskan sains sukan yang berkualiti serta memupuk tabiat pemakanan yang baik (nutrisi),” jelasnya dalam satu kenyataan media.

“Saya harap semua penyokong, media dan rakyat dapat memberi kami masa dan ruang untuk menulis bab baharu untuk Harimau Malaya.”

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan dengan dua perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 bertemu Filipina (23 Mac) dan Singapura pada 26 Mac ini di Stadium Nasional, Singapura.

Manakala satu perlawanan persahabatan bertemu kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading