Bola Sepak

Safiq Rahim kembali dipanggil sertai Harimau Malaya


 

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

BEKAS ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim kembali menyertai kem Harimau Malaya apabila tersenarai dikalangan 30 pemain yang bakal menyertai kem latihan pusat skuad bermula Isnin, 14 Mac 2022 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 (FAS Tri-Nations Series 2022) bertemu Filipina (23 Mac) dan Singapura (26 Mac).

Selain Safiq yang sebelum ini telah mengumumkan persaraan dari pentas skuad kebangsaan, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon turut menyenaraikan 13 pemain JDT.

Seramai 15 pemain dari skuad 24 pemain Harimau Malaya ke Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura pada Disember lalu dipanggil semula untuk kem latihan pusat pertama di bawah kendalian Pan Gon ini.

Mereka terdiri daripada Syahmi Safari, Aidil Zafuan Abd Radzak, Shahrul Saad, Arif Aiman Hanapi, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Khairulazhan Khalid, Quentin Cheng, Faisal Halim, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Kogileswaran Raj, Syafiq Ahmad, Dominic Tan, Luqman Hakim Shamsudin dan Dion Cools.

Sementara seorang lagi pemain dari skuad berkenaan iaitu Rizal Ghazali diletakkan dalam Senarai Bersedia.

Sementara 10 pemain berikut diletakkan dalam Senarai Bersedia jika terdapat sebarang perubahan pada senarai nama 30 pemain di atas termasuklah Rizal Ghazali yang merupakan pemain yang beraksi di Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura pada Disember lalu.

Bagi kem latihan pusat kali ini, skuad Harimau Malaya akan turun menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil selama lapan hari bermula Isnin, 14 Mac 2022 sebelum dijadual berlepas ke Singapura pada 22 Mac 2022.

Harimau Malaya akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 (FAS Tri-Nations Series 2022) bertemu Filipina (23 Mac) dan Singapura (26 Mac) serta satu lagi perlawanan persahabatan bertemu kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac 2022, ketiga-tiganya berlangsung di Singapura.

> SENARAI NAMA 30 PEMAIN YANG DIPANGGIL

  1. MOHD FARIZAL MARLIAS
  2. MUHAMMAD SYAHMI SAFARI
  3. MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK
  4. SHAHRUL MOHD SAAD
  5. CORBIN-ONG LA’VERE LWARENCE
  6. MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA
  7. NATHANIEL SHIO HONG WAN
  8. MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR
  9. SAFIQ RAHIM
  10. ARIF AIMAN MOHD HANAPI
  11. MUHAMMAD SAFAWI RASID
  12. MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID
  13. MOHAMADOU SUMAREH
  14. MUHAMMAD RAMADHAN SAIFULLAH USMAN
  15. MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID
  16. QUENTIN CHENG JIUN-HO
  17. SHARUL NAZEEM ZULPAKAR
  18. MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM
  19. MOHAMAD HAKIMI ABDULLAH
  20. MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM
  21. KALAMULLAH AL-HAFIZ MAT ROWI
  22. KOGILESWARAN RAJ A/L MOHANA RAJ
  23. DARREN YEE DENG LOK
  24. MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD
  25. DOMINIC TAN JUN JIN
  26. KHAIR MUHAMMAD JEFRI JONES
  27. MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH
  28. LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN
  29.  DION-JOHAN COOLS
  30. LIRIDON KRASNIQI

 

SENARAI 10 PEMAIN ANG DILETAKKAN DALAM SENARAI BERSEDIA

  1. KENNY PALLRAJ A/L DAVARAGI
  2. MUHAMMAD AKRAM MAHINAN
  3. MUHAMMAD HADIN AZMAN
  4. ZHAFRI YAHYA
  5. AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED
  6. AHMAD KHUZAIMI PIEE
  7. MOHD RIZAL MOHD GHAZALI
  8. RUVENTHIRAN
  9. AHMAD HAZWAN BAKRI
  10. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

 

 

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: