Bola Sepak

Kami gagal tandingi corak permainan pantas JDT


PENOLONG ketua jurulatih Sarawak United FC, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah mengakui corak serangan dan permainan pantas ditampilkan Johor Darul Ta’zim (JDT) antara faktor utama kekalahan 0-6 pasukannya pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Tegasnya, kurangnya fokus dan pertahanan yang agak longgar menyebabkan mereka terpaksa menerima kekalahan ini.

“Kelekaan daripada pasukan sendiri, malah kita boleh lihat juga dari aspek pertahanan yang longgar dan kami beraksi menentang JDT yang merupakan pasukan hebat, ditambah pula kami terpaksa bermain dengan 10 pemain pada babak kedua.

“Serangan daripada JDT mudah tembus benteng pertahanan kami dan juga menjadi punca kami kalah besar dalam perlawanan itu. Untuk aksi menentang JDT kami sudah merancang untuk menyerang dan bertahan secara berpasukan tapi semuanya tidak menjadi apabila pasukan tuan rumah mudah membolosi benteng kami.

“Di awal permainan dalam tempoh 10 hingga 15 minit, kami cuba beri tekanan kepada JDT dengan melakukan serangan tapi sukar menandingi kualiti mereka yang beraksi baik dan tersusun tanpa membuat kesilapan,” tegasnya.

Ahmad Nurfaizal bercakap kepada media selepas perlawanan bagi menggantikan Ketua jurulatih, B Satianathan yang terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur selepas mendapat berita mengenai ibunya yang kritikal.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: