Bola Sepak

MPFL Wanita: Melaka, Selangor MBSJ terus jadi tumpuan


AKSI hari kedua Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Wanita 2022 bertambah hangat dengan tiga perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam pada Rabu.

Perlawanan pertama menyaksikan Melaka meneruskan rentak kemenangan bergaya dengan menumpaskan Sabah 5-1.

Jaringan pertama seawal minit kedua perlawanan oleh Intan Sarah Anisah Zulgafli memberi keyakinan kepada pasukan untuk terus menambah gol menerusi Nasreen Natasha (14′) Nur Syafiqah Zainal Abidin (23′) Nur Lyana Soberi (28′) dan Jaciah Jumilis minit ke-40.

Manakala gol tunggal pasukan Sabah dijaringkan oleh Pedrolia Martin Sikayun minit ke-38 permainan.

 

Melaka bakal bertemu PDRM FC pada perlawanan ketiga esok, manakala Sabah menentang KL Prefer-Cyberlynx.

Sementara itu, pencabar terdekat Melaka, Selangor MBSJ turut melakar kemenangan pertama 4-0 ke atas KL Prefer-Cyberlynx selepas hanya terikat seri pada aksi pertama semalam.

Aksi terakhir hari kedua ini menyaksikan PDRM mengikat Kuala Lumpur dengan keputusan 3-3.

Selepas aksi kedua ini, menyaksikan Melaka terus mengukuh kedudukan liga dengan mengumpul 6 mata, diikuti Selangor MBSJ 4 mata, KL Prefer-Cyberlynx tiga mata manakala tiga lagi pasukan iaitu PDRM, Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing mengumpul satu mata.

MPFL Wanita yang bermula 8 Mac hingga 23 Mac ini menyaksikan enam pasukan bertanding dalam format liga dua pusingan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: