Bola Sepak

Annil korban usia remaja berkelana di Eropah, “You can do it if your mind says yes”


Annil kini bermain bersama kelab B-19 SV Sandhausen.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PEMAIN muda negara, Annil Vigneswaran menjadi bualan selepas dipanggil menyertai skuad Bawah 23 Tahun lalu ketika aksi Kelayakan Piala Asia B-23 tahun di Ulaanbaatar, Mongolia tahun lalu.

Ada yang segelintir peminat bola sepak tentang tertanya-tanya siapa pemain berusia 19 tahun ini dan apa keistimewaannya sehingga berjaya menarik perhatian pengendali skuad B-23 negara Brad Maloney.

Pemain pertahanan tinggi lampai yang berasal dari Kajang, Selangor ini memulakan minatnya dalam bola sepak pada usia 7 tahun dengan mendapat sokongan daripada keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Makruf fokus karier awal di AD Alcorcon, “Saya pemain biasa, bukan dari akademi terkenal negara”

Biarpun bukan dari keluarga bola sepak, bapanya Vigneswaran Raju yang merupakan seorang peguam telah memberi sokongan seratus peratus dengan minat anak bongsu dan lelaki tunggal ini dari segi latihan awal. Malah pada usia 10 tahun Annil telah mencuba nasib menjalani latihan bersama pasukan B-10 tahun Ajax.

“Selepas menjalani latihan di Ajax, saya kembali ke Malaysia dan hari-hari menjalani latihan dibantu seorang jurulatih dan juga bapa saya. Sejak awal lagi ibu bapa dan kakak saya sangat memberi kepercayaan dan pengorbanan memahami minat saya ini.

Annil yakin usaha keras akan berbalas dengan perjalanan karier yang baik.

“Selepas itu, pada usia 15 tahun keluarga melepaskan saya pergi ke Sweden dan dapat ‘scout’ daripada kelab Jerman dan bermulakan perjalanan hidup saya sebagai pemain bola sepak,” kongsinya kepada Cakap Sukan.

Menurut Annil, kehidupan di negara orang bukanlah mudah, namun dengan minat dan mental yang kuat dia berjaya mengharungi tahun demi tahun.

“Saya beraksi bersama SGV Freiburg (kelab divisyen lima Jerman). Banyak pengalaman yang saya pelajari dan sudah tentunya ianya adalah langkah awal saya untuk mengembangkan lagi karier ini.

“Tahun ini saya bersama kelab B-19 SV Sandhausen di Frankfurt. Masih lagi baharu dalam fasa latihan bersama kelab ini, dan saya berharap akan dapat beraksi secepat mungkin bersama pasukan.

“Bagi saya setiap peluang yang diperolehi ini akan digunakan sebaik mungkin serta dapat membantu kelab bermain untuk mara beraksi di pentas Bundesliga,” ujarnya.

Annil melakukan pengorbanan usia remajanya untuk bergelar pemain profesional berjaya.

Jelas Annil, tidak mustahil untuk bergelar pemain bola sepak berjaya dan baginya paling penting adalanh kekuatan mental.

“Semua orang ada bakat, tetapi jika harapkan bakat ia tidak cukup. Kena kerja kuat dan membuat pengorbanan banyak perkara. You can do it if your mind says yes. Dan yang paling penting sentiasa merendah diri. Belajar dan terus belajar.

“Pengalaman bersama pasukan kebangsaan sesuatu yang mahal buat saya, malah sentiasa bersedia jika dipanggil lagi selepas ini,” tambahnya yang kali terakhir pulang ke Malaysia pada Disember lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: