Bola Sepak

Trucha kecewa, Vidakovic gembira


Trucha mengakui pemain-pemainnya tetapi tidak meneruskan momentum itu pada babak kedua. Foto: Penang FC

KETUA jurulatih Penang FC Tomas Trucha kecewa dengan keputusan seri di laman sendiri ketika menentang Melaka United FC Selasa malam.

Trucha berkata, sasaran utama Harimau Kumbang adalah untuk menang di laman sendiri terutama apabila Penang FC berjaya menguasai perlawanan pada babak pertama.

“Sejujurnya saya tidak gembira dengan satu mata malam tadi… sudah pasti kita perlu menang apabila beraksi di tempat sendiri tetapi ia tidak menjadi dan kami melakukan kesalahan untuk membolehkan pihak lawan berada di depan,” katanya selepas perlawanan.

Tambah Trucha, anak buahnya berjaya bermain mengikut perancangan pada separuh masa pertama tetapi tidak meneruskan momentum itu pada babak kedua menentang pasukan pelawat.

“Perancangan kami adalah untuk mengawal permainan, mengekalkan penguasaan bola, bersabar, cipta peluang tetapi ia hanya terjadi pada separuh masa pertama… masa seterusnya pemain dilihat tidak cukup berani, tenang dan agresif,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Melaka United Risto Vidakovic gembira dengan satu mata yang diraihnya itu.

“Saya gembira dengan usaha pemain yang hanya berlatih 10 hari sebelum perlawanan pembukaan. Saya dapat lihat prestasi anak buah semakin baik,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: