Bola Sepak

Sengit! Sang Kenari tewaskan The City Boys


PASUKAN Kedah Darul Aman FC (KDA) berjaya menjinakkan pasukan lawan Kuala Lumpur City FC (KL City) dengan keputusan 3-2.

Pada aksi tersebut pasukan KL City membuka jaringan awal menerusi Zafri Yahaya pada minit ke-28 dengan melakukan tendangan kencang dari dalam kotak penalti.

Pada minit ke-32 hantaran cantik Al Hafiz Harun berjaya ditanduk oleh Syafiq Ahmad (m-32) yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol lawan, Kevin Mendoza.

Babak pertama permainan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Bersambung babak kedua, KL City lebih menguasai permainan di bahagian tengah, namun tuan rumah tidak leka dan Mohd Fayadh Zulkifli (m-68) yang baharu seminit beraksi berjaya menyudahi hantaran cantik Al Hafiz membolehkan KDA FC mendahului kedudukan 2-1.

Pemain tengah Sang Kenari Dennis Buschening menyudahi hantaran Syafiq dari dalam kotak penalti pelawat bagi menambah derita KL City pada minit ke-70 permainan.

Namun minit ke-86 kesilapan penjaga gol KDA FC,  Shahril Saari yang gagal menangkap kemas tandukan Kevin Brandon berjaya menghasilkan gol kedua buat KL City bagi merapatkan kurang perbezaan gol.

Keputusan menyebelahi KDA FC dengan kemenangan 3-2.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading