Antarabangsa

Lewandowski ledak hatrik terpantas


PENYERANG berpengalaman Bayern Munich, Robert Lewandowski meledak hatrik terpantas dalam saingan Liga Juara-Juara yang membantu kemaraan pasukan ke pentas suku akhir menewaskan Red Bull Salzburg, 7-1.

Kemenangan tersebut memastikan mereka gah dengan keputusan agregat 8-2 dengan tumpuan terarah kepada Lewandowski yang meledak tiga gol dalam tempoh 11 minit.

Gol pertama dan kedua Lewandowski dijaringkan menerusi sepakan penalti pada minit ke-12 dan ke-21, diikuti satu lagi gol apabila permainan memasuki minit ke-23.

Tiga gol ini sekaligus membuatkan penyerang Poland ini mengungguli senarai penjaring terbanyak kejohanan dengan 12 jaringan memintas  rekod penyerang Ajax, Sebastian Haller yang mengumpul 11 ​​gol yang hanya akan bermain perlawanan kedua minggu depan.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: