Antarabangsa

Kekalahan ini bagus untuk dipelajari – Mo Salah


PENYERANG berbisa Liverpool, Mohamed Salah menyifatkan kekalahan 0-1 di tangan Inter Milan akan memberikan dorongan untuk bangkit meraih kejayaan pada masa akan datang.

Tegasnya, kekalahan ini mungkin memberikan mereka dorongan dimana pertandingan ini bagus untuk dipelajari.

“Kami tewas perlawanan ini tetapi ia mungkin akan kembali mengangkat kami,” ujarnya kepada BT Sport.

Pada aksi dilaman sendiri pagi tadi, Liverpool kecundang 0-1 kepada Inter Milan namun skuad bimbingan Jurgen Klopp itu mara ke pentas suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 2-1 selepas mereka menang 2-0 pada aksi pertama Giuseppe Meazza.

Salah melakukan tiga percubaan dengan dua daripadanya dinafikan tiang pada minit ke 51 dan 77 manakala satu lagi jauh tersasar dari gawang.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: