Bola Sepak

Penyokong… sila simpan tiket anda! Perlawanan TFC bertemu NSFC ditunda


Foto: TFC

AKSI kedua Liga Super di antara Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan FC (NSFC)  terpaksa ditunda berikutan penularan Covid-19 di kalangan pemain pasukan pelawat.

Terengganu FC sebagai tuan rumah perlawanan tersebut mengesahkan telah dimaklumkan oleh Malaysian Football League (MFL) berkenaan penundaan perlawanan ini yang bakal berlangsung pada Rabu di atas sebab penularan jangkitan wabak Covid-19 dalam pasukan Negeri Sembilan melibatkan pemain dan pegawai pasukan tersebut.

“Satu lagi perlawanan yang bakal menemukan kedua-dua pasukan dalam saingan Piala FA pada 13 Mac 2022 juga terpaksa ditunda ke satu tarikh yang baharu akibat perkara ini.

“Ianya satu keputusan yang sememangnya mengecewakan dan akan menjejaskan persediaan pasukan Terengganu FC secara keseluruhannya.

“Buat para penyokong yang telah pun membeli tiket perlawanan tersebut, sila simpan tiket anda untuk digunakan semasa tarikh perlawanan ini akan dilangsungkan mengikut ketetapan masa dan tarikh penundaan,” jelas kenyataan Terengganu FC.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d