Bola Sepak

Stadium Larkin akan dinaiktaraf sama seperti SSI


Padang yang menggunakan rumput ‘cow grass’ akan dinaiktaraf kepada rumput jenis Zeon Zoysia yang sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

SELEPAS mutu permukaan padang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos yang menggunakan rumput ‘cow grass’ dikritik pada aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) II menentang Kelantan FC, stadium berkenaan akan dinaiktaraf kepada rumput jenis Zeon Zoysia yang sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards berkata, penambahbaikan ini adalah sebahagian daripada usaha kawalan kualiti berterusan kelab untuk memastikan fasiliti bola sepak JDT berada di tahap yang terbaik.

“Selepas selesai di Larkin, Harimau Selatan juga akan menaik taraf padang-padang bola di Stadium Pasir Gudang dan Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam kepada rumput jenis yang sama”, ujarnya menerusi kenyataan dilaman rasmi JohorSouthernTigers.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: