
Oleh : SUBKHI SUDARJI
KELAB Bolasepak Melaka United FC (MUFC) dilihat antara pasukan yang bakal memberikan saingan musim ini memulakan dengan langkah sumbang apabila dikejutkan dengan kekalahan 0-1 ditangan pasukan tanpa kelibat import, Petaling Jaya City FC, Sabtu lalu.
Entah dimana silapnya dengan kehadiran Ifedayo Olusegun serta pemain import sedia ada Sony Nordey selain beberapa bekas pemain kebangsaan dalam pasukan yang mendapat jolokan Hang Tuah dan Sang Kancil gagal meraih sebarang mata.
Kini ujian seterusnya perlu dilalui anak didik Risto Vidakovic apabila berkunjung ke Stadium Bandaraya Pulau Pinang berdepan Penang FC pada Selasa malam.
Berdasarkan rekod pertembungan kedua pasukan khususnya dalam saingan Liga Super sejak 2017, Sang Kancil belum pernah meraih sebarang kemenangan dari empat perlawanan dengan satu seri dan tiga kekalahan.
Kali terakhir mereka tewas adalah pada 7 Ogos 2021 dengan keputusan 1-2 di Stadium Bandaraya dan pertembungan malam esok pastinya menarik untuk disaksikan.
Bagi Vidakovic yang lebih mesra dengan panggilan Vida mengulas kekalahan pasukan tempoh hari, mereka masih jauh untuk apa yang dimahukan dan fikir pada separuh masa kedua terutamanya kami melakukan dengan sangat baik dan kami perlu menambah baik banyak perkara.
Add Comment