Bola Sepak Komuniti

Kumpulan Gabungan wakil penyokong Penang FC lancar kutipan tabung bantu ahli


KUMPULAN Gabungan wakil Penyokong Penang FC telah melancarkan kutipan tabung kilat bagi membantu  penyokong tegar Penang FC iaitu Mohd Firdaus @ Daus 3310 yang kini terlantar sakit di rumahnya.

Kutipan tabung kilat akan dibuat  pada hari perlawanan Penang menentang Melaka United di Stadium Bandaraya, malam esok.

Mohd Firdaus, mengalami masalah jantung dan hati hingga menyebabkannya susut berat badan dan bengkak kedua belah kaki.

Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman rasmi kelab Penang Football Club, Mohd Firdaus salah seorang penyokong tegar Penang FC dan Malaysia, selalu hadir ke stadium memberikan sokongan kini hanya mampu terbaring menahan kesakitan yang dialami.

Justeru itu, kami memohon pertolongan anda semua untuk sama-sama membantu meringankan beban yang tanggungnya  selama ini .

“Bagi yang ingin menyumbang terus, boleh salurkan ke akaun peribadi Mohd Firdaus seperti tertera diposter.

“Kita bantu apa yang kita mampu, kalau tak mampu dari segi kewangan bantulah dari segi tenaga. Kalau tak mampu dari segi tenaga bantulah dengan mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan beliau.

“Harini kita permudahkan urusan orang, satu hari nanti Allah akan permudahkan urusan kita. Terima kasih sahabat semua! Haria Penang Haria!, ” ujar kenyataan tersebut.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: