Bola Sepak

“Kami benci tindakan provokasi atau hooliganisme” – CEO KL City FC


Stanley Bernard. Foto: KL CITY FC

PENGURUSAN Kuala Lumpur City FC (KL City) mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan orang ramai yang terlibat dalam menyebabkan, menyebarkan dan membiarkan kejadian pergaduhan yang berlaku di luar Stadium KLFA Sabtu lalu.

Insiden panas pergaduhan di antara penyokong-penyokong pasukan KL City dan Selangor FC selepas aksi perlawanan tamat dengan keputusan seri 3-3.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab KL City Stanley Bernard, mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertindak pantas untuk menghalang tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba merampas keghairahan perlawanan yang sengit sepanjang 94 minit di atas padang

“KLCFC turut memuji pihak berkuasa yang bergerak pantas untuk membendung kejadian yang berlaku di perkarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

“Daripada klip yang telah tersebar, jelas dapat dilihat daripada pegawai polis dan marshal bertindak balas dengan cepat terhadap situasi itu. Ini adalah kerana langkah awal kami menempatkan lebih ramai anggota keselamatan untuk perlawanan ini.

“Ia sentiasa menjadi keutamaan kami untuk memastikan peminat dari seluruh dunia berasa selamat dan terjamin apabila mereka berkumpul untuk menonton perlawanan kami.

Aksi KL City FC dan Selangor FC berkesudahan seri 3-3.

“Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan anda bahawa kami membenci setiap tindakan provokasi atau hooliganisme yang berlaku, dan bersama-sama dengan pihak berkuasa masing-masing, kami akan cuba mengenal pasti punca dan membasmi punca yang memalukan permainan ini,” jelasnya dalam satu kenyataan kelab pada Isnin.

Dalam insiden yang berlaku itu, turut kelihatan segelintir penyokong menggunakan mercun untuk melakukan provokasi sehingga dilaporkan beberapa orang tercedera.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: