Bola Sepak

KDA FC dipaksa bekerja keras sebelum menang


Oleh : SUBKHI SUDARJI

NAIB juara Liga Super musim lalu, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dipaksa bekerja keras sebelum menang tipis 1-0 ke atas Sarawak United FC (SUFC) pada aksi di Stadium Kuching, sebentar tadi.

Gol tunggal kemenangan pelawat dijaringan penyerang import, Ronald Ngah Wanja pada minit ke-17 untuk memastikan skuad bimbingan Aidil Shahrin Sahak itu membawa pulang tiga mata.

Beraksi dalam keadaan padang yang sedikit basah, kedua-dua pasukan mempamerkan semangat perlawanan menarik dengan sering berbalas serangan memburu gol.

Tuan nyata memihak pelawat Sang Kenari apabila Ngah yang tidak dikawal mudah menolak masuk bola yang tertampan tiang untuk gol pertama  KDA FC.

Beberapa percubaan merbahaya yang dijelmakan tuan rumah dipenghujung babak kedua bagi mencari gol penyamaan menerusi bola terkena palang bagaimanapun dinafikan benteng dan penjaga gawang  untuk pelawat memastikan tiga mata penuh buat KDA FC.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment