Bola Sepak

The Jangs lakar kejutan


 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENDATANG baharu Liga Super 2022, Negeri Sembilan FC melakar kejutan pada aksi sulung selepas menewaskan Sabah FC, 1-0 pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Gol tunggal jaringan Khair Jefri Jones pada minit ke-52 yang melepaskan rembatan padu menewaskan Khairul Fahmi Che Mat memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan.

Sabah FC yang dibarisi beberapa pemain kebangsaan dilihat mendominasi perlawanan menerusi gerakan yang dijelmakan Baddrol Bakhtiar dan Saddil Ramdani namun kekentalan bentang pelawat yang diterajui Herold Goulon.

Terikat seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama, gol sulung perlawanan yang dinantikan akhirnya menjadi milik pelawat selepas Jones melepaskan rembatan padu mengegarkan gawang tuan rumah untuk menewaskan Khairul Fahmi.

Gol berpunca dari sepakan percuma yang gagal dikeluarkan pertahanan tuan rumah sebelum bola singgah dikaki Jones yang memilik ruang sempurna melakukan rembatan pada minit ke-52.

Walaupun tuan rumah cuba memberikan tekanan memburu gol penyamaan namun keputusan 1-0 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: