Bola Sepak

FAM optimis sentuhan KPG mampu beri impak


Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) optimis  jurulatih baharu dari Korea Selatan, Kim Pan-gon mampu memberikan impak buat Harimau Malaya menjelang saingan kelayakan Piala Asia 2023 di laman sendiri, Jun ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata,  skuad Harimau Malaya dijangka akan berwajah baharu dengan kemasukan barisan kejurulatihan berkenaan yang diumumkan badan induk itu, minggu lalu.

“Siapapun lawan kita, ia bukan aksi yang mudah jadi kita perlu bersedia. Kita pernah berjumpa Bahrain dalam aksi persahabatan sebelum ini, jadi kita harap jurulatih dapat melihat permainan terbabit untuk merangka strategi baharu untuk kita.

“Aksi menentang Bahrain dan Turkmenistan memang penting seperti yang sudah dinyatakan Pan Gon. Memang harapan kita untuk layak dan kalau kita tewas dua aksi terbabit, pasti kita tidak akan lepas.

“Pasukan kita pun dianggap berwajah baru dan mungkin ada pemain baharu yang akan dipilih barisan kejurulatihan bagi membentuk gandingan lebih berkesan untuk berdepan pasukan pada kelayakan itu nanti,” katanya.

Untuk rekod, skuad kebangsaan dunia diundi dalam Kumpulan E bersama pasukan Bahrain ,Turkmenistan dan Bangladesh.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: