Bola Sepak

Aksi bermakna buat peminat setia KDA FC di Stadium Darul Aman


KDA FC bakal berdepan dengan pasukan jiran, Penang FC malam ini. Foto: KDAFC

RIBUAN peminat setia pasukan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) berpeluang menyaksikan barisan pemain kesayangan mereka buat pertama beraksi di Stadium Darul Aman menjelang perlawanan persahabatan bertemu Penang FC malam ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDAFC, Khamal Idris Ali, setelah pasukan Kedah beraksi sembilan perlawanan sebelum ini tanpa penonton dan juga media kecuali tiga perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu yang menyaksikan Kedah bergelar juara.

“Saya mengetahui peminat setia pasukan Kedah yang tidak dapat menyaksikan sembilan perlawanan yang lalu dan kini inilah peluang terbaik mereka untuk bukan sahaja melihat barisan pemain kesayangan mereka beraksi malah turut memberi sokongan di stadium keramat pasukan Hijau Kuning.

“Setelah melalui sembilan perlawanan kita hanya kecundang sekali ketika bertemu Sabah itu pun hanya kerana kesilapan barisan pemain pertahanan namun perlawanan ini memberi peluang kepada ketua jurulatih mengenal pasti kesebelasan utama ketika membuka tirai Liga Super musim 2022.

“Musim ini kita memiliki lima pemain import dan juga beberapa pemain tempatan yang baharu di serapkan ke dalam skuad Kedah dan perlawanan-perlawanan yang lalu berjaya memberi peluang kepada mereka untuk mengenal dan memahami corak pemainan rakan sepasukan,” kata Khamal.

Katanya, kini ketua jurulatih pasukan KDA FC, Aidil Sharin Sahak telah memberi peluang kepada kesemua pemain yang didaftarkan sebagai pemain Kedah musim 2022 dan sudah pasti beliau sudah dapat menilai kemampuan barisan pemain yang di milikinya untuk musim ini.

“Sehingga kini barisan pemain belum mencapai tahap seperti yang di harapkan oleh ketua jurulatih namun saya yakin ketika liga di mulakan bulan Mac ini prestasi pasukan akan terus dapat meningkatkan dan mampu mencapai matlamat seperti yang di harapkan oleh Aidil.

“Setakat ini saya memang berpuas hati dengan semangat dan kesungguhan yang di pamirkan oleh kesemua pemain ketika di beri peluang dan kini mereka hanya perlu memahami corak permainan yang di harapkan oleh ketua jurulatih.

“Pertemuan dengan Pulau Pinang Sabtu malam sudah pasti memberi gambaran yang tepat kesebelasan utama Aidil untuk beraksi pada perlawanan pembuka titai Liga Super musim ini dan juga mengetahui kelemahan kelemahan yang perlu di atasi oleh beliau,” tambah Khamal.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: