Bola Sepak

Vida optimis MUFC mampu beri saingan


Ketua jurulatih Melaka United FC, Risto Vidakovic.

KETUA jurulatih Melaka United FC, Risto Vidakovic optimis  skuad bimbingannya kini semakin menunjukkan peningkatan dari segi persembahan dan perancangan yang diterapkan selepas beberapa siri latihan dan perlawanan persahabatan.

Jelasnya, segala perancangan semasa latihan berjaya diterapkan pada beberapa siri perlawanan persahabatan walaupun keputusan perlawanan tidak memihak pasukan.

“Semua orang penting bagi saya, kami melakukan apa yang dirancangkan semasa latihan, pasukan memerlukan lebih banyak masa untuk bekerja tetapi saya gembira dengan apa yang mereka lakukan.

“Saya gembira dengan keseluruhan pemain saya,  dengan lebih banyak masa kami akan menjadi lebih baik,” ujarnya yang turut dikenali dengan panggilan ‘Vida’

Terdahulu pada aksi persahabatan menentang Terengganu FC yang diadakan di Stadium Hang Jebat, tuan rumah tewas 0-1.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading