Bola Sepak

Malaysia Airlines rakan penerbangan eksklusif JDT


Malaysia Airlines dan JDT jalin kerjasama eksklusif. Foto: JDT

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB) sebagai tanda komitmen kedua-dua jenama dunia ini dalam menaikkan taraf bola sepak tempatan ke aras yang lebih tinggi.

Menerusi kerjasama ini, Malaysia Airlines akan menjadi rakan penerbangan eksklusif untuk JDT yang akan menerbangkan pasukan ke perlawanan di seluruh Malaysia dan ketika JDT mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa selain peluang dalam hak barang dagangan dan hubungan penyokong melalui pengalaman yang ulung.

Dengan kerjasama ini juga jenama JDT akan mempunyai lebih ‘visibility’ di seluruh dunia dengan siri ‘Fearless: Rise of The Southern Tigers akan ditayangkan di dalam sistem hiburan penerbangan di kesemua pesawat Malaysia Airlines ke seluruh rangkaiannya.

Menurut pemilik kelab Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, jalinan kerjasama ini merupakan satu penghormatan dan sesuatu yang baharu bagi mereka memandangan Malaysia Airlines sebuah syarikat yang besar, jenama yang besar.

“Saya amat bangga kerjasama ini dan mendapat penajaaan Malaysia Airlines kerana macam yang saya katakan sebelum ini, kejayaan sebuah kelab bukan hanya di ukur dengan piala atau pertandingan atau pencapaian di atas padang, tetapi ia juga di luar padang.

“Anda boleh lihat JDT sangat agresif dengan agenda nilai komersial. Inilah meletakkan kami berbeza dengan kelab-kelab lain,” ujarnya ketika sidang media pada Ahad.

Malaysia Airlines terbang ke 1,100 destinasi di 150 buah negara seluruh dunia dan akan fokus kepada negeri Johor sebagai hub penerbangan baharu mereka terutama ke destinasi Malaysia Timur.

Ini sekaligus memastikan jenama JDT mendapat lebih 75 juta tontonan hasil dari beberapa siri usaha strategik yang telah dirancang oleh JDT bermula dari video pengenalan bahagian pertama jersi JDT Nike Home & Away 2022 sebelum ini dan satu lagi kerjasama bersama artis terkenal antarabangsa menerusi satu ‘worldwide release’.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: