MOHAMED Salah terus meletakkan namanya selaku penjaring kedua terbanyak Liverpool apabila meledak gol ke 150 bersama pasukan disepanjang 233 perlawanan bersama The Reds.
Penyerang Mesir itu kini menyamai rekod jaringan bekas penyerang Liverpool, Roger Hunt (era 60-an) yang turut meledak 150 gol dalam 226 penampilan dan Salah berpeluang untuk menyamai rekod Hunt yang menjaringkan 244 gol di sepanjang penampilannya.
Bintang Liverpool itu adalah pemain ke-10 mencapai 150 gol untuk kelab dan yang kedua terpantas melakukannya selepas Roger Hunt dan lebih baik dari Gordon Hodgson (242), Ian Rush (249), dan Robbie Fowler (261).
Salah sudah meledak 25 gol dalam 30 penampilannya musim ini, termasuk 17 dalam 23 aksi liga, manakala The Reds memenangi lapan perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.
“Ia terasa cukup hebat. Saya bangga dapat menjaringkan gol untuk kelab ini dan paling penting memenangi perlawanan dan itu yang kami lakukan hari ini.
“Kami sedar apabila anda bersaing dengan City yang biasanya menang perlawanan mereka, kami perlu fokus kepada diri sendiri dan lihat apa yang terjadi di akhir musim.
“Namun ini hasil yang bagus dan tentu saja saya gembira dengan gol ke-150. Saya selalu bangga apabila menjaringkan gol buat kelan, tetapi yang penting adalah kemenangan,” ujarnya dipetik BBC.
Pada aksi di Stadium Anfield malam tadi, Liverpool ketinggalan apabila rembatan Milot Rashica meletakkan Norwich di depan pada awal babak kedua.
Liverpool menyamakan kedudukan menerusi Sadio Mane minit ke-64 sebelum mendahului permainan menerusi Salah selang tiga minit kemudian.
Luis Diaz menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool pada minit ke-81 selepas empat penampilan sejak perpindahan ke Anfield dari Porto bulan lalu.
Add Comment