Bola Sepak

Piala Asia 2022 : Malaysia berdepan tugas getir


JODOH Malaysia dengan Thailand mahupun Vietnam begitu kuat apabila diundi bersama dalam Kumpulan C pada pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan yang dijadualkan berlangsung 1 hingga 19 Jun nanti.

Turut diundi dalam kumpulan yang sama ialah juara 2020, Korea Selatan yang memperlihatkan tugas sukar yang perlu dilalui anak didik Brad Maloney.

Kejohanan yang akan berlangsung dari 1 hingga 19 Jun itu turut menyaksikan Uzbekistan akan berdepan Iran, Qatar dan Turkmenistan dalam Kumpulan A.

Australia pula diundi dalam Kumpulan B bersama Jordan, Iraq dan Kuwait manakala juara 2016, Jepun berada dalam Kumpulan D bersama naib juara 2020 iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Tajikistan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading