
Oleh : SUBKHI SUDARJI
BEKAS pemain kelab Itali Vicenza Calcio musim 2010-2011, Amidu Salifu melengkapkan kuota terakhir pemain import Kelab Bola Sepak Kelantan United (Kelantan United FC).
Pemain yang beraksi di posisi tengah ini menyertai Shuhei Fukai, Masashi Motoyama dan Jacob Njoku bagi memperkuat cabaran The Green Deers dalam kempen Liga Premier musim ini.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan KUFC, pemain kelahiran Accra, Ghana ini memulakan karier di peringkat remaja di kelab Itali, Vicenza Calcio dan membuat penampilan bersama skuad senior dalam Serie B, musim 2010-2011.
“Salifu, 29 tahun yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Ghana Bawah 20 Tahun mempunyai pengalaman hampir satu dekad beraksi dengan pelbagai kelab dalam liga di Itali.
“Kelab terakhir diwakilinya adalah Petrolul Ploiesti FC, dalam liga Romania musim 2020-2021,” tegasnya.
Add Comment