Bola Sepak

AFF 2022 : Maloney optimis kejuaraan akan diteruskan


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI skuad B-23 negara, Brad Maloney optimis Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 akan diteruskan walaupun “ancaman Covid-19” kini semakin menghantui kejohanan.

Ini berikutan keputusan terbaharu Myanmar yang menarik diri dari kejohanan berkenaan selepas pemainnya disahkan positif Covid-19 beberapa jam menjelang aksi pertama Kumpulan B menentang Malaysia, jam 5 petang tadi.

Terdahulu sebelum kejohanan berlangsung, Indonesia selaku juara bertahan juga mengambil keputusan penarikan diri selepas hampir separuh tonggak utamanya disahkan positif Covid-19 selain faktor kecederoaan.

Bagi Maloney, dia tidak dengar mengenai pembatalan Kejuaraan B-23 AFF 2022.

“Jadi, saya tidak boleh katakan apa-apa kerana tidak mendengarnya,” kata Maloney secara ringkas pada sidang media secara maya, sebentar tadi.

Dalam perkembangan sama mengenai keputusan lawan menarik diri, Maloney menghormati keputusan mereka dan ia sememangnya  tidak dapat dielakkan kerana faktor keselamatan serta kesihatan perlu menjadi keutamaan.

“Kami menghormati keputusan mereka. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka namun perlu dilakukan demi keselamatan semua pihak,” katanya.

Keputusan Myanmar itu menyaksikan Malaysia akan menentang Laos pada Jumaat ini yang akan menentukan juara kumpulan sekali gus automatik layak ke peringkat separuh akhir.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: