Bola Sepak

Skuad B-23 negara tiba di Phnom Penh penuh keyakinan


Maloney (kiri) yakin pasukan tidak berhadapan masalah untuk meraih keputusan cemerlang.

Oleh: SUBHKI SUDARJI

SKUAD Bawah 23 Tahun negara, (B-23) yang diundi dalam kumpulan B kini dilihat tidak berhadapan masalah untuk meraih keputusan cemerlang berikutan hanya perlu berhadapan dengan Myanmar dan Laos untuk mara ke pusingan seterusnya.

Ini susulan penarikan diri Indonesia disaat akhir ekoran beberapa tonggak utamanya positif Covid-19 dan dibelenggu kecederaan.

Pengendali skuad B-23 negara Brad Maloney berkata, ketika ini barisan anak buahnya menunjukkan prestasi memuaskan sekali gus sudah bersedia mengalas cabaran untuk membawa pulang ‘hadiah’ buat penyokong bola sepak tanah air.

“Walaupun persediaan boleh dikatakan agak singkat namun, barisan pemain menunjukkan komitmen tinggi termasuk keserasian dalam pasukan juga semakin baik.

“Perkata penting ketika ini adalah pemain perlu segera menyesuaikan dengan strategi dan corak permainan yang diterapkan dalam pasukan selain kurang melakukan kesilapan hingga menyebabkan gawang dibolosi.

“Saya melihat pemain semakin baik terutama ketika menjalani latihan dalam tempoh yang singkat dan mahu mereka segera memahami taktikal yang diterapkan seterusnya terjemah pada perlawanan kelak.

“Ketika ini, kami sudah membariskan 28 pemain namun tidak dapat beraksi bersama adalah Kaka (Nur Azfar Fikri Azhar)…dia akan menyertai pasukan kelak,” katanya.

Skuad Bawah 23 Tahun negara tiba di Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat.

Untuk rekod, Malaysia akan membuka tirai kempen dengan berdepan Myanmar di Stadium Prince pada Selasa ini, diikuti Laos tiga hari kemudian di venue sama.

Indonesia sepatutnya menjadi lawan terakhir di peringkat kumpulan pada 21 Februari ini di Stadium Nasional Morodok Techo sebelum aksi separuh akhir dan final masing-masing berlangsung pada 24 dan 26 Februari.

Selepas kejohanan Piala AFF B-23 dan Sukan Sea 2020, skuad muda negara mengalihkan tumpuan untuk dua tugasan penting pada saingan Piala Asia B-23 di Uzbekistan dan temasya Sukan Asia di China.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading