
KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melantik mantan pakar nutrisi kelab terkemuka Argentina Boca Juniors, Vanesa Soledad Rotondi sebagai pakar nutrisi kelab yang baharu.
Rotondi akan menyelia diet dan nutrisi kesemua pemain di kelab, termasuk menyediakan pelan pemakanan individu mengikut keperluan pemain dari semasa ke semasa.
Selain menyediakan fasiliti bola sepak yang terbaik dan latihan yang berkualiti, Harimau Selatan turut meletakkan penekanan yang besar terhadap sains sukan.





Add Comment