Bola Sepak

Safwan terlepas aksi Piala AFF B-23, diuji positif Covid-19


Skuad B-23 tahun negara menjalani latihan menjelang aksi Piala AFF bermula 15 Februari ini di Kemboja. Foto: IZARI ROSLI

PEMAIN Terengganu FC, Muhammad Safwan Mazlan disahkan positif Covid-19, hanya beberapa hari sebelum terbang ke Kemboja bagi saingan Piala AFF Bawah 23 Tahun.

Ketua Jurulatih Brad Maloney mengesahkan Muhammad Safwan dilaporkan sihat dan tidak menunjukkan sebarang gejala, kini terpaksa diketepikan bagi kejohanan ini.

“Ya, sebagai sebahagian daripada protokol biasa, semalam kita menjalani ujian RTK-Ag ke atas semua pemain dan terdapat tanda seorang pemain diuji positif Covid-19.

“Jadi,dia sudah dikuarantin, manakala kakitangan perubatan mengikut prosedur biasa,” katanya ketika sesi latihan pada Rabu.

Maloney (kiri) turut berharap pasukannya memberi yang terbaik menjelang perlawanan persahatan bertemu KL City esok.

Selain Muhammad Safwan, maloney berkata tiga lagi pemain turut terlepas kempen kali ini kerana komitmen terhadap kelab.

Dipercayai pemain tersebut itu adalah daripada pasukan Liga Premier, Johor Darul Ta’zim II iaitu T. Shaheeswaran, Muhammad Alif Abdul Mutalib dan Muhammad Umar Hakeem Suhar Rezwan.

Bagaimanapun ia tidak menjejas perancangan Maloney memandangkan telah memanggil empat pemain Selangor FC iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar untuk menyertai latihan yang berbaki beberapa hari lagi.

“Keempat-empat pemain ini telah menjadi sebahagian pemain teras sejak hari pertama dan mereka boleh menyertainya… amat bagus untuk memiliki mereka memandangkan saya percaya kehadiran mereka akan menambahkan kekuatan keseluruhan pasukan dan meningkatkan daya saing dalam kalangan pemain,” katanya. -Bernama


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: