AKSI Liga Malaysia belum lagi bermula, namun adegan panas seolah-olah ‘pesta gaduh’ berlaku di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.
Aksi kejar-mengejar, ‘flying kick’ oleh pemain-pemain tuan rumah Terengganu FC II dan Penang FC berlaku ketika perlawanan 4 Penjuru Piala MB Terengganu.
Difahamkan pergaduhan itu bermula selepas sepakan penalti minit terakhir separuh masa pertama yang dilakukan pemain Penang FC gagal disempurnakan dan dikata pasukan tuan rumah mula mengejek pemain lawan.

Hampir semua kedua-dua pasukan kelihatan berbalas tumbukan dan berlari di sekitar padang sebelum diredakan oleh pegawai-pegawai bertugas.
Salah seorang pemain Penang FC juga dilaporkan cedera patah hidung, Muhammad Adib Abdul Raop selepas gambarnya tular di media sosial.
Difahamkan, pengadil turut melayangkan kad merah kepada kedua-dua pasukan dan Penang FC tidak ‘keluar’ meneruskan perlawanan separuh masa kedua.
Add Comment